REVOLUSI INDUSTRI DI JERMAN: FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN
Masyarakat Industri di Jerman muncul apabila berlakunya revolusi Perindustrian di Jerman. Revolusi industri di Jerman berlaku di tahap kedua di Eropah. Ciri utama Revolusi Perindustrian tahap kedua ialah kapital kewangan mengatasi kapital industri melibatkan pelaburan bank dan syarikat insurans; pengumpulan modal yang besar; pengasingan pemilikan daripada pengurusan; dan perkembangan syarikat holdings. Teknologi yang digunakan dalam tahap kedua terdiri daripada pelbagai bahan, sumber, dan bentuk. Pada tahap ini, muncul industri baharu seperti elektrik, kimia, petroleum, dan logam ringan. Menjelang abad ke-19, ahli kimia dan metalurgi Jerman mencipta teknologi baharu untuk menghasilkan barangan daripada arang batu dan besi. Terdapat banyak faktor yang membawa kepada perkembangan industri dan revolusi perindustrian yang berlaku ini telah memberi kesan terhadap ekonomi serta sosial di Jerman.
FAKTOR PERKEMBANGAN REVOLUSI PERINDUSTRIAN
1. Penyatuan Jerman Penyatuan Jerman pada tahun 1871 oleh Otto von Bismark telah meletakkan asas yang kukuh bagi pertumbuhan sektor perindustrian di Jerman. Selepas penyatuan, Jerman muncul sebagai sebuah negara perindustrian yang unggul di Eropah. Penyatuan Jerman ini telah membawa kepada kemajuan sistem pengangkutan dan perhubungan, kemajuan dalam ekonomi dan kestabilan politik. Keadaan ini telah merangsang pertumbuhan sektor perindustrian di Jerman. Selepas tahun 1878, kerajaan mengamalkan dasar memberi perlindungan kepada sektor perindustrian.
2. Kemajuan Pertanian Kemajuan dalam bidang pertanian meletakkan asas bagi pertumbuhan sektor perindustrian di Jerman. Selepas penyatuan Jerman, sektor pertanian mula mengalami kemajuan dan berkembang dengan pesat melalui penerbitan karya mengenai teknologi pertanian seperti Introduction to the Knowledge of English Agriculture-Principles of Rational Agriculture pada tahun 1789 oleh Albrecht Thaer. Justus von Liebig menjalankan kajian tentang penggunaan kimia bagi meningkatkan pengeluaran hasil pertanian. Penggunaan teknologi moden dan kaedah saintifik telah menyebabkan berlaku peningkatan dalam pengeluaran hasil pertanian. Kerajaan turut memberi sumbangan dalam memajukan bidang pertanian melalui penubuhan sekolah pertanian dan universiti. Institusi ini telah menjalankan kajian dalam bidang pertanian dan menawarkan mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang pertanian. Sebelum Perang Dunia Pertama, terdapat Iebih kurang 2000 buah sekolah pertanian di seluruh Jerman. Antara tahun 1905 hingga 1912, Jerman mendahului negara-negara lain dalam pengeluaran hasil pertanian.
3. Kemajuan Dalam Bidang Penyelidikan Kemajuan dalam bidang penyelidikan merangsang pertumbuhan sektor perindustrian di Jerman. Banyak makmal penyelidikan telah dibina oleh syarikat kimia dan elektrik di Jerman bagi membolehkan ahli-ahli kimia dan fizik menjalankan kajian dan penyelidikan. Penyelidikan ini telah menyebabkan Jerman berjaya mencipta pelbagai peralatan dan inovasi baharu. Perkembangan ini telah menyebabkan Jerman muncul sebagai pemimpin dunia dalam industri kimia dan elektrik pada akhir abad ke-19.
4. Penubuhan Koperasi Koperasi memainkan peranan dalam perkembangan sektor perindustrian di Jerman dengan memberikan bantuan kewangan kepada penduduk untuk melibatkan diri dalam perindustrian. Kesatuan kredit juga ditubuhkan di seluruh Jerman bagi merangsang pertumbuhan sektor perindustrian dan memberi bantuan kewangan kepada penduduk bandar seperti Kesatuan Kredit Schulze Delitzsch. Menjelang tahun 1911, terdapat lebih kurang 25 000 buah kesatuan kredit di seluruh Jerman. Institusi koperasi dan kesatuan kredit memainkan peranan dalam pertumbuhan sektor perindustrian di Jerman.
5. Penghapusan Sistem Guild Penghapusan sistem guild juga menjadi salah satu faktor yang mendorong perkembangan industri di Jerman. Sebelum penyatuan Jerman, seseorang yang ingin terlibat dalam bidang perindustrian perlu mempunyai pengalaman dalam guild selama beberapa tahun. Ia merupakan syarat wajib. Sistem ini menjadi penghalang kepada perkembangan sektor perindustrian di Jerman. Pada tahun 1811, kerajaan bertindak menghapuskan monopoli dan keistimewaan guild melalui Peraturan 1811. Penghapusan ini telah asas bagi pertumbuhan sektor perindustrian di Jerman.
6. Penghijrahan Penduduk Ke Bandar Penghijrahan penduduk dari kawasan luar bandar ke bandar membantu perkembangan sektor perindustrian di Jerman. Sebelum penyatuan Jerman, tiga perempat daripada penduduk Jerman tinggal menetap di luar bandar. Pada tahun 1871, terdapat 8 buah bandar di Jerman dengan bilangan penduduk seramai 100 ribu orang. Selepas penyatuan Jerman, proses pembandaran berkembang dengan pesat dan membawa kemunculan bandar baharu di seluruh negara seperti di kawasan Ruhr, Saxony, Silesia, dan Berlin. Pertumbuhan bandar baharu dan peningkatan penduduk menyebabkan industri berkembang pesat di Jerman.
7. Kekayaan Bahan Mentah Perkembangan sektor perindustrian di Jerman juga disebabkan oleh kekayaan sumber bahan mentahnya seperti arang batu, bijih besi dan bijih timah. Kawasan perlombongan arang batu dan bijih besi yang terkenal di Jerman ialah Lembah Ruhr Lorainne dan Silesia. Sumber galian ini merupakan sumber utama dalam menggerakkan sektor perindustrian di Jerman. Pada tahun 1875, Jerman mengeluarkan 25 juta tan arang batu dan telah meningkat kepada 287 juta tan pada tahun 1913. Pada tahun 1872, Jerman telah mengeksport bekalan bijih besi bernilai 1.92 juta tan ke negara Eropah. Menjelang tahun 1910, berlaku peningkatan dalam pengeluaran bijih besi sehingga mencecah 14.7 juta tan. Di samping itu, bahan kimia seperti garam kalium ditemui dalam kuantiti yang besar di Jerman. Menjelang tahun 1871, Jerman menghasilkan 375 000 tan garam kalium dan meningkat kepada 3.5 juta tan pada tahun 1901. Antara tahun 1863 hingga 1865, seramai 120 000 orang bekerja dalam industri perlombongan di Jerman dan terus meningkat kepada 570 000 orang pada tahun 1906.
8. Kemajuan Industri Perkapalan Perkembangan pesat sektor perindustrian disebabkan oleh kemajuan dalam industri perkapalan. Industri perkapalan Jerman terletak di Breman, Hamburg, Stettin, Danzig dan Elby. Selepas tahun 1880, berlaku peningkatan yang amat ketara dalam pembinaan kapal wap di Jerman dan ini membolehkan jumlah muatan barangan yang diangkut dapat ditingkat.
9. Kemajuan Sistem Pengangkutan Perkembangan Revolusi Perindustrian disebabkan oleh kemajuan dalam bidang komunikasi dan pengangkutan. Kerajaan membangunkan perkhidmatan kereta api untuk menggalakkan pertumbuhan industri. Bagi memajukan perkhidmatan kereta api, kerajaan mengambil langkah dengan mengurangkan kadar bayaran dan tarif perkhidmatan kereta api. Landasan kereta api dibangunkan bagi memudahkan pergerakan tentera dalam mengawal keamanan negara. Selepas tuhun 1879, kerajaan membeli landasan kereta api yang dimiliki oleh pihak swasta.
10. Galakan Kerajaan Pertumbuhan pesat dalam sektor perindustrian juga disebabkan adanya galakan yang diberikan oleh kerajaan. Kerajaan Jerman mengamalkan dasar memberi perlindungan kepada sektor perindustrian mulai tahun 1879. Dasar ini rnenyebabkan berlaku pertumbuhan pesat industri antara tahun 1872 hiagga 1910 dan sekali gus menyebabkan hasil pengeluaran sektor perindustrian di Jerman meningkat. Kerajaan juga menyediakan perkhidmatan kereta api yang murah bagi merangsang pertumbuhan industri. Sistem pengangkutan yang efisien menyebabkan hasil pengeluaran industri dapat dieksport ke negara-negara lain di Eropah.
11. Penubuhan Kartel Kartel adalah sebuah persatuan yang berperanan untuk menyelaraskan pengurusan industri di Jerman seperti mengawal bekalan dan harga barangan bagi menjamin keuntungan. Anggota kartel akan mengadakan perjanjian bagi menentukan harga barangan yang dipasarkan. Pertubuhan ini memainkan peranan penting dalam mengawal pasaran dan kewangan industri Jerman.
12. Kemunculan Bank Kemunculan institusi perbankan memberi sumbangan yang besar dalam perkembangan sektor perindustrian di Jerman. Kerajaan menubuhkan bank dengan menyediakan pinjaman jangka panjang bagi merangsang pertumbuhan sektor perindustrian di Jerman. Menjelang pertengahan abad ke-19, Joint Stock Bank ditubuhkan di Jerman dengan memberikan bantuan modal kepada pengusaha-pengusaha industri. Sistem perbankan di Jerman dikawal oleh gabungan empat buah bank utama yang terdiri daripada Disconta Geseilsehaft of Stuttgart (1851); Deutsche Bank (1870); Darmstadter Bank (1870); dan Dresdener Bank (1872). Bank-bank ini berperanan menggalakkan penggabungan perniagaan; memberikan bantuan modal kepada pengusaha industri; menggalakkan pertumbuhan industri perlombongan; dan membangunkan sistem pengangkutan darat dan laut.
Wednesday, January 20, 2016
RAJA MUTLAK DAN BERPERLEMBAGAAN DI PERANCIS
Pengenalan
1. Kemunculan negara bangsa pada abad ke-15M, telah menjadi asas bagi kemunculan pemerintahan mutlak di Eropah pada abad ke-16M dan ke-17M seperti Perancis. Maksud raja mutlak ialah pemerintahan raja tidak dikawal oleh parlimen dan segala arahan raja merupakan undang-undang. Raja yang dilantik adalah atas kehendak Tuhan untuk menjadi ketua kepada rakyat. Oleh itu, menjadi tanggungjawab rakyat untuk membantu raja dalam menjalankan pentadbiran. Rakyat tidak boleh membantah perintah raja walaupun raja memerintah dengan zalim.
2. Pemerintahan raja mutlak di Perancis muncul di dorong dengan lahirnya idea-idea oleh pemikir-pemikir politik seperti Jean Bodin, Hugo Crotius dan Cardinal Duc de Richelien. Jean Bodin mengesyorkan supaya Perancis diperintah oleh kerajaan pusat yang kuat supaya boleh mengawal wilayah dengan lebih baik dan berkesan. Hugo Crotius pula mengatakan sesebuah negara berhak mempertahankan negara dengan membela hukum antarabangsa dan sesiapa yang mencabuli hukum antarabangsa akan dianggap penceroboh. Manakala Cardinal pula, berpendapat kerajaan pusat yang kuat perlu untuk menghadapi ancaman sekiranya pentadbiran dijalankan oleh ramai pihak. Untuk menggelakkan daripada berlakunya ancaman atau penentangan maka rakyat tidak perlu diberi pendidikan.
3. Menjelang abad ke-17, Perancis muncul sebagai antara negara yang terkuat di Eropah menggantikan Sepanyol. Pemerintahan raja mutlak di Perancis dijalankan oleh Raja Louis XIV (1643-1715) yang dikenali sebagai ‘Grand Monarch’ yang memerintah selama 72 tahun. Semasa pemerintahannya berjaya mewujudkan keamanan dan kemakmuran di Perancis.
4. Baginda mengukuhkan kedudukannya melalui pentadbiran pusat yang kukuh dan teratur. Bagi memastikan dasar pemerintahannya dapat dilaksanakan dengan baik, baginda terlibat dalam urusan pelantikan pegawai-pegawai kerajaan dan berjaya mengawal mereka dengan dibantu oleh menteri-menteri yang berwibawa.
5. Raja Louis XIV mendapat sokongan padu daripada golongan bangsawan, Huguenot dan institusi-institusi kerajaan. Perkembangan ini mengukuhkan kedudukan Raja Louis XIV sebagai pemerintah monarki mutlak di Perancis. Untuk memperkukuhkan lagi pemerintahnnya, Raja Louis XIV telah memperkenalkan beberapa dasar seperti:
a) Dasar Dalam Negara Louis XIV menyusun semula pentadbiran pusat negara kepada empat majlis utama dan juga telah melantik menteri-menteri yang berkebolehan untuk membantunya mentadbir seperti Colbert (Menteri Kewangan), Le Tellier (Menteri Hal Ehwal Luar), Louvois (Menteri Peperangan) dan Vauban (Menteri Ketenteraan). Louis juga menggunakan menteri yang bertanggungjawab bagi malaksanakan dasar-dasar diraja di pelbagai provinsi Perancis. Penyelia ditugaskan untuk menyelia pentadbiran, keadilan, pentadbiran dan pentadbiran ketenteraan di peringkat daerah. Louis XIV percaya sebagai pemerintah mutlak bagi seluruh Eropah, beliau harus hidup bergaya dengan itu beliau mendirikan istana besar di Versailles dan di beberapa buah tempat lain. Arkitek-arkitek terkemuka digaji untuk mereka bangunan dan pelukis-pelukis terkemuka mengindahkannya. Raja menetap di Versailles yang dikelilingi oleh istana yang besar. Golongan bangsawan bergantung hidup kepada pencen daripada raja dan dikehendaki tinggal dalam tempoh yang lama untuk mendapatkan sokongan raja. Perkhidmatan awam terdiri daripada menteri-menteri yang berkebolehan antaranya Jeans Baptiste Colbert sebagai menteri kewangan. Zaman Louis XIV juga zaman keemasan bagi kesusasteraan Perancis. Antara tokoh seni yang terkenal ialah Racine dan Moliere.
b) Dasar Ekonomi Baginda melaksanakan dasar ekonomi merkantilisme untuk memastikan negaranya muncul sebagai negara yang makmur . Melalui dasar Colbert, wujud perkembangan industri baru, memansuhkan tarif tempatan, mengurangkan kadar bunga ke atas hutang kerajaan, mengawal upah dan harga kebanyakan barangan. Dasar ekonomi Colbert telah meningkatkan pendapatan kerajaan namun perbelanjaan untuk peperangan tempatan semakin bertambah.
c) Dasar Ketenteraan Melalui Louvis (Menteri Perang), Perancis telah mengadakan reformasi dalam ketenteraan apabila raja mempunyai kawalan penuh ke atas ketenteraan. Baginda juga menghapuskan dominasi golongan bangsawan ke atas bidang ketenteraan dan memulakan kawalan langsung ke atas ketenteraan. Kerajaan juga bertanggungjawab merekrut tentera, menyediakan perumahan dan bekalan makanan kepada golongan tersebut. Pelantikan pegawai-pegawai tentera dilakukan berasaskan merit. Kesannya tentera Perancis muncul sebagai tentera yang terkuat di Eropah ketika itu.
d) Dasar Agama Dalam aspek agama raja bertindak untuk memaksa golongan bukan Katolik iaitu Huguenot (Calvinis) untuk menerima agama Katolik. Edict of Nantes yang ditandatangani pada tahun 1598 yang memberi kebebasan kepada rakyat untuk menganut agama pilihan mereka telah dibatalkan oleh raja pada 1685. Tindakan Louis menyebabkan seramai 200 ribu penganut bukan Katolik meninggalkan Perancis dan berhijrah ke England dan Amerika. e) Dasar perluasan wilayah Semasa pemerintahan Raja Louis, wilayah kekuasaan Perancis merangkumi Sungai Rhine dengan Perancis menguasai wilayah-wilayah seperti Spanish Netherlands dan United Province.
6. Pada tahun 1787, Raja Louis XIV telah memutuskan untuk mengadakan Perhimpunan Orang-Orang Kenamaan untuk mengatasi masalah kewangan Perancis dengan mengenakan cukai ke atas golongan bangsawan, gereja dan hakim.
7. Raja Louis XIV telah mengadakan persidangan parlimen buat kali pertama pada 5 Mei 1789 dengan mengikut cara lama yang memberi kelebihan kepada Estet (Parlimen) Pertama dan Kedua, manakala Estet Ketiga diminta tunggu diluar dewan. Segala usul yang dibincangkan akan diundi yang akan menyebelahi Estet Pertama dan Kedua. Estet Ketiga menuntut supaya ketiga-tiga Estet disatukan dan pengiraan undi berdasarkan undi individu, tetapi tidak mendapat persetujuan oleh Raja Louis XIV.
8. Pada 12 Jun 1789, Perhimpunan Kebangsaan (Parlimen Negara) telah diisytiharkan oleh Estet Ketiga dan ini menandakan bermulanya Revolusi Perancis. Apabila pintu dewan ditutup untuk anggota Perhimpunan Kebangsaan, mereka telah berkumpul di gelanggang tenis dan mengangkat sumpah bahawa mereka tidak akan bersurai sehingga mereka mengubal perlembagaan Perancis. Peristiwa ini dikenali sebagai “Sumpah Padang Tenis”.
9. Perhimpunan Kebangsaan (Estet Ketiga) menuntut konsep persamaan dan keadilan dilaksanakan dan bukannya keistimewaan diberikan kepada rakyat berdasarkan hak atau warisan turun temurun. Perjuangan mereka turut mendapat sokongan golongan miskin dan sebahagian tentera yang dipimpin oleh Marshall de Broglie yang dihantar oleh Raja Louis XIV.
10. Pada 14 Julai 1789, bangunan Bastille telah jatuh ke tangan golongan Perhimpunan Kebangsaan (pemberontak) yang memberi semangat kepada golongan revolusi di kawasan bandar dan desa. Peristiwa ini diperingati oleh rakyat Perancis sehingga kini dan tarikh ini disambut setiap tahun sebagai Hari Kebangsaan Perancis.
11. Perhimpunan Kebangsaan juga telah berjaya menghapuskan sistem feudal, perhambaan, golongan istimewa, monopoli golongan bangsawan dihapuskan, cukai yang sama untuk semua, menghapuskan buruh paksa, menghapuskan cukai dan semua jenis hak istimewa gereja ditarik balik. Penghapusan masyarakat feudal dan sistem feudal di Perancis dikenali sebagai “Hari Ogos”.
12. Pada 26 Ogos 1789, parlimen telah meluluskan Perisytiharan Hak-Hak Manusia dan Warganegara. Pengisytiharan ini telah mengiktiraf semua manusia dilahirkan dan kekal bebas serta mempunyai hak yang sama. Ini rakyat bebas untuk bertukar-tukar fikiran selagi tidak melanggar batas undang-undang.
13. Menjelang tahun 1791, Majlis Perhimpunan Kebangsaan telah menyiapkan satu perlembagaan ini kerajaan dibahagikan kepada 3 iaitu badan legislatif, badan eksekutif dan badan judisiari. Wujudnya perlembagaan ini maka bermulanya pemerintahan raja berperlembagaan selama setahun kemudian sistem pemerintahan Perancis bertukar menjadi republik.
14. Selepas itu, negara Perancis mengalami huru hara dan berlaku perpecahan dalam kalangan pendukung revolusi iaitu golongan jacobin dan girondin. Akhirnya Perancis telah diperintah oleh diktator Maximilien Robespierre dari golongan jacobin dan zaman ini dikenali sebagai Zaman Pemerintahan Ganas. Mereka telah mewujudkan Mahkamah Revolusi dan Undang-Undang Syak. Sesiapa disyaki musuh mereka dan menyokong raja akan dihukum tembak atau pancung. 15. Raja Louis XIV dan isterinya Marie Antoinnette telah dihukum pancung dengan alat gilotin. Robespierre sendiri dihukum pancung dengan menggunakan gilotin oleh penyokong parlimen. Dengan ini berakhirlah zaman pemerintahan ganas di Perancis pada tahun 1794. Perancis menjadi aman selepas pemerintahannya diambil alih oleh Napoleon Bonaparte pada penghujung tahun 1799.

PERUBAHAN PEMERINTAHAN SISTEM RAJA MUTLAK KEPADA RAJA BERPERLEMBAGAAN DI PERANCIS
PERUBAHAN PEMERINTAHAN SISTEM RAJA MUTLAK KEPADA RAJA BERPERLEMBAGAAN DI PERANCIS
Pengenalan
Keruntuhan sistem beraja mutlak digantikan dengan sistem raja berperlembagaan hanya dalam tempoh yang singkat, iaitu lebih kurang setahun sahaja. Perancis kemudiannya menjadi negara republik yang penuh dengan keadaan huru-hara yang berlaku dikenali sebagai Zaman Pemerintahan Ganas. Raja Louis XVI telah memutuskan untuk mengadakan perjumpaan, iaitu Perhimpunan Orang-Orang Kenamaan pada tahun 1787 sebagai langkah untuk mengatasi masalah kewangan Perancis. Perhimpunan itu dihadiri oleh 145 orang yang terdiri daripada ketua-ketua kaum bangsawan, ketua-ketua gereja, dan hakim dengan harapan semua golongan ini bersetuju cukai dikenakan ke atas mereka.
Persidangan Parlimen
Hal ini dipersetujui golongan bangsawan dengan syarat golongan bangsawan diberi keutamaan menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan. Mereka juga mahukan Menteri Kewangan Perancis, Colonne dipecat. Untuk mengelak konflik antara Kementerian Kewangan dan Estet Kedua iaitu golongan bangsawan, Neckar menasihatkan Raja Louis XVI memanggil semula parlimen untuk bersidang pada 1 Mei 1789. Rakyat Perancis diberi peluang untuk meluahkan segala rasa tidak puas hati mereka terhadap pemerintah melalui cahiers (senarai rungutan).
Parlimen yang bersidang buat kali pertamanya pada 5 Mei 1789 selepas 175 tahun tidak diadakan masih mengikut peraturan cara lama. Persidangan ini telah diadakan di Versailles. Semua upacara lama dikekalkan dan peraturan tersebut sudah tentu memberi keistimewaan kepada Estet Pertama dan Estet Kedua. Misalnya, ahli-ahli Estet Ketiga dikehendaki menunggu dalam tempoh yang lama di serambi yang terbuka di luar dewan persidangan di Versailles tetapi ahli-ahli daripada Estet Pertama dan Estet Kedua diberi masuk ke dewan dengan serta-merta.
Cara persidangan di parlimen juga mengikut cara lama, iaitu selepas membincangkan sesuatu usul, ahli-ahli dewan akan mengundi sama ada menyokong atau membangkang. Keadaan ini sudah tentu tidak akan menyebelahi Estet Ketiga kerana jika Estet Pertama dan Estet Kedua tidak menyokong bermakna undi akan menjadi satu lawan dua.
Oleh itu, Estet Ketiga menuntut supaya ketiga-tiga Estet disatukan dan pengiraan undi berdasarkan undi individu (kepala) yang terdiri daripada seluruh anggota parlimen (ketiga-tiga Estet). Persidangan ini gagal akibat perbezaan pendapat antara anggota ketiga-tiga dewan mengenai cara pengundian dilakukan. Raja Louis XVI pula membuat keputusan supaya peraturan lama mesti diguna pakai.
Perhimpunan Kebangsaan
Estet Ketiga mengingkari perintah Raja Louis XVI dan menjemput anggota-anggota Estet Pertama dan Estet Kedua berunding dengan mereka. Setelah perundingan dijalankan lebih kurang dua minggu, kebanyakan anggota Estet Pertama dan Estet Kedua menolak cadangan menggabungkan ketiga-tiga Estet.
Pada 12 Jun 1789, Estet Ketiga mengisytiharkan diri mereka sebagai Perhimpunan Kebangsaan (Parlimen Negara). Revolusi Perancis sebenarnya bermula dengan perisytiharan Estet Ketiga sebagai Perhimpunan Kebangsaan.
Penasihat Louis XVI mendesak supaya diadakan Persidangan Diraja bagi ketiga-tiga dewan dan baginda akan memberikan arahannya sendiri. Oleh itu, satu perjumpaan dirancang antara Raja Louis XVI dengan anggota Majlis Perhimpunan (dahulunya Estet Ketiga). Dewan tempat persidangan itu disediakan untuk Majlis Perhimpunan di dalam istana Versailles.
Sumpah Gelanggang Tenis
Marie Antoinette meminta Raja Louis XVI mengambil tindakan yang tegas terhadap anggota Majlis Perhimpunan. Apabila ahli-ahli Perhimpunan Kebangsaan bersama-sama pemimpin mereka menuju ke dewan, mereka dapati pintu-pintu dewan telah dikunci dan dikawal oleh tentera atas arahan Raja Louis XVI.
Anggota Perhimpunan Kebangsaan melarikan diri dan mereka telah berhimpun di gelanggang tenis pada 20 Jun 1789. Mereka telah mengangkat sumpah bahawa mereka tidak akan bersurai dan akan terus bersidang sehingga mereka menggubal perlembagaan Perancis. Peristiwa mi dikenali sebagai “Sumpah Gelanggang Tenis”.
Persidangan Diraja bagi semua Estet berlangsung pada 23 Jun 1789. Dalam ucapan semasa perhimpunan itu, Raja Louis XVI mengemukakan pelbagai cadangan pemulihan untuk pertimbangan Estet-estet. Baginda seterusnya memerintahkan supaya ketiga-tiga Estet bersidang bersendirian, lalu baginda meninggalkan dewan.
Golongan bangsawan dan paderi turut meninggalkan dewan, tetapi ahli Estet Ketiga masih tetap di kerusi masing-masing walaupun disuruh meninggalkan dewan oleh Juruacara Raja. Golongan revolusi mara ke hadapan Juruacara dan menyatakan “Pergi kamu beritahu ketua kamu, yang kami di sini adalah dengan kehendak rakyat dan kami tidak akan pulang melainkan di hujung senjata benet!”. Sebilangan golongan bangsawan dan paderi turut menyertai Perhimpunan Kebangsaan. Ini merupakan satu daripada peristiwa penting dalam Revolusi Perancis.
Pemberontakan Rakyat
Prinsip perjuangan golongan Majlis Perhimpunan (Estet Ketiga) yang terdiri daripada kelas menengah menjadi semakin ketara kerana mereka menuntut konsep persamaan dan keadilan dipraktikkan bukannya diberi sesuatu keistimewaan kepada rakyat berdasarkan hak atau warisan turun temurun. Mereka mahukan hak individu golongan yang berkemampuan dan berbakat khasnya kelas pertengahan diberi perhatian sewajarnya.
Golongan miskin masih tidak mendapat tempat namun mereka turut menyertai kelas pertengahan menentang golongan raja, paderi, dan bangsawan kerana mereka juga bencikan keistimewaan yang diberi kepada golongan atasan selama ini.
Walaupun golongan bangsawan istana dan ahli keluarga raja mahu menggagalkan Perhimpunan Kebangsaan dengan menubuhkan satu pasukan tentera di bawah pimpinan Marshall de Broglie tetapi mereka tidak mampu menghalang kehendak rakyat untuk menghapuskan sistem monarki. Malah sebahagian tentera de Broglie menyertai Perhimpunan Kebangsaan. Pada 14 Julai 1789, golongan pemberontak telah menggempur penjara Bastille di mana penjara ini menempatkan tahanan politik seperti Voltaire dan Diderot. Kejatuhan bangunan ini memberi semangat kepada golongan revolusi di kawasan bandar dan desa.
Kejatuhan Bastille tidak dilupakan oleh rakyat Perancis hingga kini. Malah Hari Kebangsaan Perancis dirayakan pada 14 Julai setiap tahun sempena peristiwa ini. Persidangan Perhimpunan Kebangsaan Perhimpunan Kebangsaan telah mengadakan persidangan pada 4 Ogos 1789. Perhimpunan ini telah berjaya mengubal perlembagaan baru bagi negara Perancis, berjaya menghapuskan sistem feudal, perhambaan, dan golongan istimewa. Monopoli golongan bangsawan dihapuskan (tanpa pampasan), cukai yang sama untuk semua golongan, menghapuskan buruh paksa (corvee), cukai, dan semua jenis hak istimewa gereja ditarik balik. Seterusnya Perhimpunan Kebangsaan telah memperjuangkan kebebasan memiliki harta benda, perlindungan, dan menentang penindasan dengan meluluskan Perisytiharan Hak-hak Manusia dan Warganegara (Declaration of the Rights of Man and the Citizen pada 27 Ogos 1789.
Perisytiharan ini mengiktiraf semua manusia dilahirkan dan kekal bebas dan mempunyai hak yang sama. Rakyat bebas untuk bertukar-tukar pendapat dan tiada sesiapapun yang boleh dituduh, ditangkap dan ditahan, melainkan ditentukan oleh undang-undang. Setelah sistem feudal dihapuskan, sistem pentadbiran baharu dibentuk. Perancis telah dibahagikan kepada 83 kawasan, luasnya lebih kurang sama besar dan sama jumlah penduduknya. Setiap kawasan (department) dibahagikan pula kepada daerah-daerah (cantons) dan commune. Penubuhan Kerajaan Raja Berperlembagaan Menjelang bulan Julai 1791, Majlis Perhimpunan Kebangsaan telah menyiapkan satu perlembagaan baru yang ditandatangani oleh Raja Louis XVI. Berdasarkan idea Montesquieu melalui teori pengasingan kuasa yang diutarakannya, kerajaan dibahagikan kepada tiga cabang iaitu badan legislatif, badan eksekutif, dan badan judisiari.
Pemerintahan raja berperlembagaan berlangsung selama setahun kemudian sistem pemerintahan Perancis bertukar menjadi republik. Pengisytiharan Kerajaan Republik Keadaan negara Perancis masih tidak aman iaitu berlaku perpecahan dalam kalangan pendukung revolusi, iaitu golongan jacobin dan girondin. Perancis terlibat dalam peperangan dengan negara jiran mereka, iaitu Austria dan Prusia. Keputusan perang diambil kerana ancaman puak imigres (bangsawan yang melarikan diri) yang bekerjasama dengan kedua-dua kuasa berkenaan. Maharaja Austria, Francis II dan Raja Frederick William II dari Prusia terlibat dalam peperangan ini kerana mahu mempertahankan sistem monarki di Perancis. Pada bulan April 1782, Perancis mengisytiharkan peperangan terhadap Austria. Manakala Raja Louis XVI telah ditahan dalam penjara.
Pada bulan September 1792, Perhimpunan Perundangan digantikan dengan Constitutional Convention. Perkembangan ini menyebabkan negara Perancis diisytiharkan sebagai sebuah republik. Pemerintahan Diktator Oleh Golongan Jacobin Dalam keadaan kacau-bilau dari ancaman luar itu, sebuah badan telah ditubuhkan untuk menjaga hal ehwal dalam negeri iaitu Jawatankuasa Keselamatan Awam. Jawatankuasa ini banyak dianggotai oleh pengikut golongan Jacobin yang dipimpin oleh Maximilien Robespierre Danton dan Marat. Pemerintahan diktator yang dikenali sebagai Zaman Pemerintahan Ganas yang berlaku dari bulan Jun 1793 hingga Julai 1794.
Kumpulan ini mewujudkan Mahkamah Revolusi dan menggubal Undang-undang Syak. Sesiapa sahaja yang disyaki musuh revolusi dan golongan yang menyokong raja dihukum pancung dengan menggunakan gilotin. Dikatakan pada zaman ini lebih 40 ribu orang dijatuhkan hukuman mati. Malah, Raja Louis XVI dipancung dengan menggunakan gilotin pada 21 Januari 1793 manakala isterinya iaitu Marie Antoinnette juga dipancung menggunakan gilotin 16 Oktober 1793. Robespierre juga dikenakan hukuman pancung dengan gilotin oleh puak-puak yang menyokong parlimen. Selepas kematian Robespierre pada 28 Julai 1794, berakhirlah Zaman Pemerintahan Ganas di Perancis. Keadaan tidak stabil berlarutan sehinggalah munculnya Napoleon Bonaparte mengambil alih kuasa pemerintahan di Perancis pada penghujung tahun 1799.
Penubuhan Kerajaan Directory Selapas tamat pemerintahan ganas, sebuah perlembagaan baru diperkenalkan pada bulan Oktober 1794. Dengan itu, Constitutional Convention telah dibubarkan dan diganti dengan kerajaan baru yang dikenali sebagai directory untuk mentadbir kerajaan. Badan perundangan dan badan eksekutif telah ditubuhkan untuk melincinkan pentadbiran. Badan perundangan terbahagi kepada 2 buah majlis iaitu Majlis Orang Tua (Council of Elders) dan Majlis Lima Ratus (Council of Five Hundred).
Golongan yang memiliki harta berhak untuk mengundi dalam pilihan raya serta menjadi ahli badan perundangan. Badan eksekutif pula berada di tangan di directory yang dianggotai oleh 5 orang. Pemerintahan kerajaan ini berakhir pada tahun 1799 apabila ia digulingkan oleh Napoleon Bonaparte.

Keruntuhan sistem beraja mutlak digantikan dengan sistem raja berperlembagaan hanya dalam tempoh yang singkat, iaitu lebih kurang setahun sahaja. Perancis kemudiannya menjadi negara republik yang penuh dengan keadaan huru-hara yang berlaku dikenali sebagai Zaman Pemerintahan Ganas.
Raja Louis XVI telah memutuskan untuk mengadakan perjumpaan, iaitu Perhimpunan Orang-Orang Kenamaan pada tahun 1787 sebagai langkah untuk mengatasi masalah kewangan Perancis. Perhimpunan itu dihadiri oleh 145 orang yang terdiri daripada ketua-ketua kaum bangsawan, ketua-ketua gereja, dan hakim dengan harapan semua golongan ini bersetuju cukai dikenakan ke atas mereka.

Pada 12 Jun 1789, Estet Ketiga mengisytiharkan diri mereka sebagai Perhimpunan Kebangsaan (Parlimen Negara). Revolusi Perancis sebenarnya bermula dengan perisytiharan Estet Ketiga sebagai Perhimpunan Kebangsaan. Penasihat Louis XVI mendesak supaya diadakan Persidangan Diraja bagi ketiga-tiga dewan dan baginda akan memberikan arahannya sendiri. Oleh itu, satu perjumpaan dirancang antara Raja Louis XVI dengan anggota Majlis Perhimpunan (dahulunya Estet Ketiga). Dewan tempat persidangan itu disediakan untuk Majlis Perhimpunan di dalam istana Versailles. Sumpah Gelanggang Tenis Marie Antoinette meminta Raja Louis XVI mengambil tindakan yang tegas terhadap anggota Majlis Perhimpunan. Apabila ahli-ahli Perhimpunan Kebangsaan bersama-sama pemimpin mereka menuju ke dewan, mereka dapati pintu-pintu dewan telah dikunci dan dikawal oleh tentera atas arahan Raja Louis XVI. Anggota Perhimpunan Kebangsaan melarikan diri dan mereka telah berhimpun di gelanggang tenis pada 20 Jun 1789. Mereka telah mengangkat sumpah bahawa mereka tidak akan bersurai dan akan terus bersidang sehingga mereka menggubal perlembagaan Perancis. Peristiwa mi dikenali sebagai “Sumpah Gelanggang Tenis”.
Persidangan Diraja bagi semua Estet berlangsung pada 23 Jun 1789. Dalam ucapan semasa perhimpunan itu, Raja Louis XVI mengemukakan pelbagai cadangan pemulihan untuk pertimbangan Estet-estet. Baginda seterusnya memerintahkan supaya ketiga-tiga Estet bersidang bersendirian, lalu baginda meninggalkan dewan. Golongan bangsawan dan paderi turut meninggalkan dewan, tetapi ahli Estet Ketiga masih tetap di kerusi masing-masing walaupun disuruh meninggalkan dewan oleh Juruacara Raja. Golongan revolusi mara ke hadapan Juruacara dan menyatakan “Pergi kamu beritahu ketua kamu, yang kami di sini adalah dengan kehendak rakyat dan kami tidak akan pulang melainkan di hujung senjata benet!”.
Sebilangan golongan bangsawan dan paderi turut menyertai Perhimpunan Kebangsaan. Ini merupakan satu daripada peristiwa penting dalam Revolusi Perancis. Pemberontakan Rakyat Prinsip perjuangan golongan Majlis Perhimpunan (Estet Ketiga) yang terdiri daripada kelas menengah menjadi semakin ketara kerana mereka menuntut konsep persamaan dan keadilan dipraktikkan bukannya diberi sesuatu keistimewaan kepada rakyat berdasarkan hak atau warisan turun temurun. Mereka mahukan hak individu golongan yang berkemampuan dan berbakat khasnya kelas pertengahan diberi perhatian sewajarnya.
Golongan miskin masih tidak mendapat tempat namun mereka turut menyertai kelas pertengahan menentang golongan raja, paderi, dan bangsawan kerana mereka juga bencikan keistimewaan yang diberi kepada golongan atasan selama ini. Walaupun golongan bangsawan istana dan ahli keluarga raja mahu menggagalkan Perhimpunan Kebangsaan dengan menubuhkan satu pasukan tentera di bawah pimpinan Marshall de Broglie tetapi mereka tidak mampu menghalang kehendak rakyat untuk menghapuskan sistem monarki. Malah sebahagian tentera de Broglie menyertai Perhimpunan Kebangsaan.
Pada 14 Julai 1789, golongan pemberontak telah menggempur penjara Bastille di mana penjara ini menempatkan tahanan politik seperti Voltaire dan Diderot. Kejatuhan bangunan ini memberi semangat kepada golongan revolusi di kawasan bandar dan desa. Kejatuhan Bastille tidak dilupakan oleh rakyat Perancis hingga kini. Malah Hari Kebangsaan Perancis dirayakan pada 14 Julai setiap tahun sempena peristiwa ini. Persidangan Perhimpunan Kebangsaan Perhimpunan Kebangsaan telah mengadakan persidangan pada 4 Ogos 1789. Perhimpunan ini telah berjaya mengubal perlembagaan baru bagi negara Perancis, berjaya menghapuskan sistem feudal, perhambaan, dan golongan istimewa. Monopoli golongan bangsawan dihapuskan (tanpa pampasan), cukai yang sama untuk semua golongan, menghapuskan buruh paksa (corvee), cukai, dan semua jenis hak istimewa gereja ditarik balik.
Seterusnya Perhimpunan Kebangsaan telah memperjuangkan kebebasan memiliki harta benda, perlindungan, dan menentang penindasan dengan meluluskan Perisytiharan Hak-hak Manusia dan Warganegara (Declaration of the Rights of Man and the Citizen pada 27 Ogos 1789. Perisytiharan ini mengiktiraf semua manusia dilahirkan dan kekal bebas dan mempunyai hak yang sama. Rakyat bebas untuk bertukar-tukar pendapat dan tiada sesiapapun yang boleh dituduh, ditangkap dan ditahan, melainkan ditentukan oleh undang-undang. Setelah sistem feudal dihapuskan, sistem pentadbiran baharu dibentuk. Perancis telah dibahagikan kepada 83 kawasan, luasnya lebih kurang sama besar dan sama jumlah penduduknya.
Setiap kawasan (department) dibahagikan pula kepada daerah-daerah (cantons) dan commune. Penubuhan Kerajaan Raja Berperlembagaan Menjelang bulan Julai 1791, Majlis Perhimpunan Kebangsaan telah menyiapkan satu perlembagaan baru yang ditandatangani oleh Raja Louis XVI. Berdasarkan idea Montesquieu melalui teori pengasingan kuasa yang diutarakannya, kerajaan dibahagikan kepada tiga cabang iaitu badan legislatif, badan eksekutif, dan badan judisiari. Pemerintahan raja berperlembagaan berlangsung selama setahun kemudian sistem pemerintahan Perancis bertukar menjadi republik. Pengisytiharan Kerajaan Republik Keadaan negara Perancis masih tidak aman iaitu berlaku perpecahan dalam kalangan pendukung revolusi, iaitu golongan jacobin dan girondin. Perancis terlibat dalam peperangan dengan negara jiran mereka, iaitu Austria dan Prusia. Keputusan perang diambil kerana ancaman puak imigres (bangsawan yang melarikan diri) yang bekerjasama dengan kedua-dua kuasa berkenaan. Maharaja Austria, Francis II dan Raja Frederick William II dari Prusia terlibat dalam peperangan ini kerana mahu mempertahankan sistem monarki di Perancis.
Pada bulan April 1782, Perancis mengisytiharkan peperangan terhadap Austria. Manakala Raja Louis XVI telah ditahan dalam penjara. Pada bulan September 1792, Perhimpunan Perundangan digantikan dengan Constitutional Convention. Perkembangan ini menyebabkan negara Perancis diisytiharkan sebagai sebuah republik. Pemerintahan Diktator Oleh Golongan Jacobin Dalam keadaan kacau-bilau dari ancaman luar itu, sebuah badan telah ditubuhkan untuk menjaga hal ehwal dalam negeri iaitu Jawatankuasa Keselamatan Awam. Jawatankuasa ini banyak dianggotai oleh pengikut golongan Jacobin yang dipimpin oleh Maximilien Robespierre Danton dan Marat. Pemerintahan diktator yang dikenali sebagai Zaman Pemerintahan Ganas yang berlaku dari bulan Jun 1793 hingga Julai 1794. Kumpulan ini mewujudkan Mahkamah Revolusi dan menggubal Undang-undang Syak. Sesiapa sahaja yang disyaki musuh revolusi dan golongan yang menyokong raja dihukum pancung dengan menggunakan gilotin. Dikatakan pada zaman ini lebih 40 ribu orang dijatuhkan hukuman mati.
Malah, Raja Louis XVI dipancung dengan menggunakan gilotin pada 21 Januari 1793 manakala isterinya iaitu Marie Antoinnette juga dipancung menggunakan gilotin 16 Oktober 1793. Robespierre juga dikenakan hukuman pancung dengan gilotin oleh puak-puak yang menyokong parlimen. Selepas kematian Robespierre pada 28 Julai 1794, berakhirlah Zaman Pemerintahan Ganas di Perancis. Keadaan tidak stabil berlarutan sehinggalah munculnya Napoleon Bonaparte mengambil alih kuasa pemerintahan di Perancis pada penghujung tahun 1799. Penubuhan Kerajaan Directory Selapas tamat pemerintahan ganas, sebuah perlembagaan baru diperkenalkan pada bulan Oktober 1794.
Dengan itu, Constitutional Convention telah dibubarkan dan diganti dengan kerajaan baru yang dikenali sebagai directory untuk mentadbir kerajaan. Badan perundangan dan badan eksekutif telah ditubuhkan untuk melincinkan pentadbiran. Badan perundangan terbahagi kepada 2 buah majlis iaitu Majlis Orang Tua (Council of Elders) dan Majlis Lima Ratus (Council of Five Hundred). Golongan yang memiliki harta berhak untuk mengundi dalam pilihan raya serta menjadi ahli badan perundangan. Badan eksekutif pula berada di tangan di directory yang dianggotai oleh 5 orang. Pemerintahan kerajaan ini berakhir pada tahun 1799 apabila ia digulingkan oleh Napoleon Bonaparte.

PERANG SAUDARA DI AMERIKA (1861-1865)

Perang Saudara berlaku antara negeri-negeri utara dengan negeri-negeri selatan Amerika Syarikat. Perang ini melibatkan 22 buah negeri utara Amerika Syarikat dengan 11 buah negeri di selatan Amerika Syarikat. Gabungan negeri-negeri utara dikenali sebagai Kesatuan Amerika Syarikat manakala negeri-negeri selatan dinamakan Gabungan negeri-negeri Amerika. Perang Saudara ini berlanjutan selama empat tahun iaitu dari tahun 1861 hingga 1865.
Faktor-faktor yang Menyebabkan Tercetus Perang Saudara Masalah Hamba Abdi Masalah hamba abdi telah menjadi salah satu faktor yang menyebabkan tercetus Perang Saudara di Amerika. Amalan perhambaan bermula sejak orang Inggeris mengasaskan petempatan di Amerika. Pembukaan ladang-ladang kapas dan tembakau menyebabkan tuan-tuan tanah memerlukan hamba abdi untuk bekerja di ladang. Hamba abdi dari Afrika (orang Negro) digunakan untuk bekerja di ladang-ladang di selatan Amerika. Dalam pada itu, lahir kesedaran untuk menghapuskan amalan perhambaan di Amerika. Pada tahun 1859, John Brown memimpin pemberontakan hamba di bahagian selatan Amerika. Parti Republik turut berjuang untuk menghapuskan amalan perhambaan di Amerika.
Pada tahun 1861, Abraham Lincoln yang mengetuai Parti Republik dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-16. Beliau menentang amalan perhambaan dan berjaya menghapuskan amalan ini pada tahun 1863. Tindakan Abraham Lincoln membasmi amalan perhambaan mencetuskan Perang Saudara. Negeri-negeri Selatan Menarik Diri dari Kesatuan Amerika Syarikat Tindakan Abraham Lincoln membasmi amalan perhambaan menyebabkan negeri-negeri selatan menarik diri daripada kesatuan Amerika Syarikat. Pada tahun 1861, tujuh buah negeri selatan membuat keputusan untuk berpisah daripada Kesatuan Amerika Syarikat. Negeri yang paling awal berpisah daripada Kesatuan Amerika Syarikat ialah Carolina Selatan, kemudian diikuti oleh Virginia, Georgia, Carolina Utara, Florida, Alabama, Mississippi, Louisiana, Tennessee, Arkansas dan Texas. Pada 4 Februari 1861, negeri-negeri tersebut menubuhkan kerajaan baru yang dipanggil Gabungan Negeri-Negeri Amerika. Jefferson Davis telah dilantik sebagai presiden Gabungan Negeri-Negeri Amerika. Perbezaan antara Negeri-negeri Utara dan Negeri-negeri Selatan Terdapat perbezaan yang amat ketara antara negeri-negeri utara dan selatan Amerika Syarikat. Perbezaan tersebut dapat dikesan dalam aspek kekayaan, agama, kehidupan dan bahasa. Penduduk di negeri-negeri selatan melibatkan diri dalam aspek pertanian manakala penduduk di utara terlibat dalam perusahaan. Tidak Berpuas Hati terhadap Undang-undang Kerajaan Pusat Negeri-negeri selatan tidak berpuas hati dengan undang-undang yang diluluskan oleh kerajaan pusat. Mereka berpendapat undang-undang tersebut digubal untuk melindungi kepentingan penduduk di negeri-negeri utara. Negeri-negeri selatan membantah tindakan kerajaan pusat mengenakan cukai yang tinggi terhadap barang-barang import. Mereka berpendapat tindakan tersebut boleh meningkatkan harga barang-barang yang diimport. Langkah ini turut menjejaskan kedudukan negeri-negeri selatan yang bergantung kepada barang-barang import.
Peristiwa Perang Saudara Perang Saudara meletus apabila tentera negeri-negeri selatan (tentera Konfederasi) menyerang Fort Sumter pada 12 April 1861. Pasukan tentera negeri-negeri selatan dipimpin oleh Jeneral Robert Lee dan Jonathan Jackson. Manakala, tentera negeri-negeri utara (Tentera Kesatuan) dipimpin oleh Jeneral Ulysses Grant, Thomas Sheridan dan Jeneral William Sherman. Pada peringkat awal iaitu antara tahun 1861-1863, tentera selatan memperoleh kemenangan. Namun, selepas tahun 1862 tentera negeri-negeri utara mula mengukuhkan kedudukan mereka. Tentera utara memiliki beberapa kelebihan berbanding tentera selatan. Antara kelebihannya adalah bilangan penduduk yang ramai iaitu seramai 19 juta orang berbanding tentera selatan hanya seramai 9 juta orang. Di negeri-negeri utara pula terdapat lebih 100 000 buah syarikat luar di negeri-negeri utara terutama kewujudan industri membuat senjata. Manakala negeri selatan hanya mempunyai 18 000 buah syarikat sahaja. Pihak utara juga mengawal rangkaian jalan kereta api utama serta mempunyai 2 juta orang askar manakala negeri selatan hanya mempunyai 800 000 orang askar. Pada bulan September 1862, tentera selatan pimpinan Jeneral Lee mengalami kekalahan di Maryland. Pertempuran terakhir dalam Perang Saudara ini berlaku pada bulan Julai 1863 di Gettysburg.
Dalam peperangan tersebut, tentera selatan pimpinan Jeneral Lee seramai 100 000 orang telah berperang dengan 90 000 orang tentera pihak utara. Dalam peperangan tersebut, tentera selatan dikalahkan oleh tentera utara. Dalam peperangan tersebut, dianggarkan lebih kurang 40 000 orang terbunuh di kedua-dua belah pihak. Selepas peperangan tamat, Abraham Lincoln telah membuat ucapan yang termasyhur yang dikenali sebagai “Ucapan Gettysburg.” Ucapan tersebut berakhir dengan kata-kata “...kerajaan daripada rakyat, oleh rakyat, bagi rakyat tidak akan lenyap dari muka bumi...” Selepas kekalahan di Gettysburg, negeri-negeri di selatan tidak dapat membaiki kedudukannya. Pada 9 April 1865, Jeneral Lee telah menyerah diri kepada Jeneral Ulysses Grant di Appomatox. Peristiwa tersebut menandakan Perang Saudara di Amerika pun berakhir. Kesan Perang Saudara Perang Saudara menyebabkan lebih setengah juta orang Amerika telah terbunuh. Pada tahun 1865, amalan perhambaan telah dihapuskan di seluruh Amerika Syarikat. Perang ini menyebabkan negeri-negeri utara dan negeri-negeri selatan bersatu semula.
Perang Saudara ini menyelamatkan Amerika Syarikat daripada berpecah kepada dua. Pada 14 April 1865, Abraham Lincoln telah ditembak mati oleh seorang penyokong pihak selatan, iaitu John Wilkes Booth. Selepas tahun 1865, Amerika Syarikat mengalami pembangunan pesat dalam bidang sosial dan ekonomi. Walaupun mencapai kemajuan yang pesat, Amerika Syarikat menghadapi cabaran dalam menyatupadukan masyarakat yang berbilang bangsa seperti orang Inggeris, Sepanyol, Perancis, pendatang-pendatang dari Itali, Greece, Rusia dan Poland. Dalam usaha untuk menyatukan rakyat berbilang bangsa dan keturunan, bahasa Inggeris dijadikan sebagai bahasa pengantar. Usaha untuk menyatukan masyarakat Amerika Syarikat telah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Amerika Syarikat membangun sebagai sebuah negara yang bersatu yang terdiri daripada pelbagai bangsa.
PENYATUAN JERMAN OLEH OTTO VON BISMARCK SEBELUM TAHUN 1871

PENGENALAN
Sebelum abad ke-19 M, Jerman terdiri daripada 360 negeri-negeri kecil yang mempunyai pemerintahan masing-masing. Menjelang awal abad ke-19 M, seluruh benua Eropah termasuk Jerman ditawan oleh tentera Perancis dibawah pimpinan Napoleon Bonaparte. Semasa pemerintahannya, Napoleon melakukan beberapa perubahan di Eropah seperti menurunkan takhta raja-raja di Eropah dan mengubah sempadan negara-negara Eropah termasuklah melakukan pelbagai perubahan di negeri-negeri Jerman. Napoleon telah merombak semula struktur pemerintahan negeri Jerman dengan mengurangkan bilangan negeri-negeri di Jerman dengan mencantumkan negeri-negeri yang kecil. Pemerintahan Napoleon berakhir apabila pakatan tentera negara-negara Eropah berjaya menewaskan Perancis pada tahun 1815.
Pada tahun 1815, pemimpin-pemimpin di Eropah mengadakan satu persidangan bagi menamatkan Perang Napoleon yang dikenali sebagai Kongres Vienna. Dalam persidangan tersebut, pemimpin-pemimpin Eropah membuat keputusan untuk membahagikan Jerman kepada 39 buah negeri dan gabungan ini dikenali sebagai Pergabungan Negara Jerman. Pergabungan ini termasuklah Austria, Prusia, Bavaria, Wurtemberg, Hanover dan Saxony. Pemimpin dari negeri Austria telah dilantik sebagai ketua Pergabungan Negara Jerman.
OTTO VON BISMARCK LATAR BELAKANG BISMARCK
Otto von Bismarck merupakan tokoh yang berjaya menyatukan negara Jerman. Bismarck dilahirkan dalam kalangan keluarga bangsawan di Brandenburg, Prusia pada 1 April 1815. Ayahnya merupakan seorang Junker (golongan bangsawan) yang memiliki tanah. Ketika berusia 17 tahun, beliau pergi ke Berlin untuk menuntut dalam jurusan Undang-undang dan Sains Politik. Beliau telah berkhidmat dengan Jabatan Perkhidmatan Awam Prusia, kemudian beliau meletakkan jawatan dalam perkhidmatan awam dan mula menguruskan ladang-ladang yang dimiliki oleh ayahnya. Pada tahun 1847, Bismarck telah dipilih menjadi ahli parlimen Prusia yang dikenali sebagai Diet Bersatu. Beliau bertindak menentang golongan liberal yang menuntut penglibatan dalam pentadbiran negara kerana beliau merupakan seorang penyokong kuat pemenintahan monarki mutlak.
Pada tahun 1849, beliau menentang Perlembagaan Frankfurt dalam parlimen Prusia. Menjelang tahun 1851, beliau dilantik sebagai wakil kerajaan Prusia dalam Diet Bersekutu dan berjuang untuk mempertahankan Konfederasi Jerman yang wujud pada masa itu. Pada peringkat awal, beliau menyokong dasar kerjasama antara kerajaan Prusia dengan Austria. Namun kemudian, beliau mula mengamalkan sikap anti-Austria dan mula menjalankan dasar permusuhan dengan Austria ekoran daripada sikap angkuh Austria yang menerajui Diet Bersatu. Pada tahun 1859, beliau disingkirkan daripada Diet Bersatu oleh kerajaan baru Prusia yang diperintah oleh golongan liberal. Beliau telah dilantik sebagai duta Prusia ke Rusia pada tahun 1859, kemudian sebagai Duta Prusia di Paris.
PENYATUAN JERMAN OLEH BISMARCK
Bismarck berusaha untuk menyatukan negara Jerman yang bersatu. Penyatuan ini terbahagi kepada 2 peringkat. Pada peringkat pertama, beliau melancarkan peperangan menentang negara-negara asing yang menguasai negeri-negeri Jerman. Manakala pada peringkat kedua, beliau bertindak mengukuhkan negeri-negeri yang dibebaskan daripada kuasa-kuasa asing dengan melakukan perubahan-perubahan dalam bidang ekonomi, politik dan sosial bagi menyatukan rakyat.
PENYATUAN JERMAN TAHAP PERTAMA (1864-1870)
Pada tahap pertama, Bismarck telah melancarkan peperangan menentang Denmark, Austria dan Perancis. Sebelum melancarkan peperangan, Bismarck bertindak mengukuhkan pasukan tenteranya terlebih dahulu dengan memberikan latihan yang cukup bagi askar-askarnya menghadapi musuh dalam peperangan dan melengkapkan pasukan tenteranya dengan senjata-senjata yang termoden. Pasukan tentera Prusia merupakan pasukan tentera yang paling baik di Eropah pada masa itu. Bismarck bertindak dengan bijak dan cekap ketika melancarkan peperangan dengan Denmark, Austria dan Perancis. Beliau tidak melancarkan peperangan dengan negeri-negeri tersebut pada masa yang sama. Apabila melancarkan peperangan dengan sesebuah negeri, beliau terlebih dahulu menentukan dengan cara diplomasi yang bijak bahawa negeri-negeri lain tidak bersatu menentangnya.
1. PEPERANGAN DENGAN DENMARK
Bismarck telah melancarkan peperangan terhadap Denmark pada tahun 1864 untuk menguasai dua buah negeri, iaitu Holstein dan Schleswig. Holstein dan Schleswig berada di bawah pemerintahan Raja Denmark sejak tahun 1490. Pada tahun 1863, kerajaan Denmark mengeluarkan perlembagaan baru untuk menyatukan negeri-negeri tersebut dengan Denmark. Tindakan raja Denmark bertentangan dengan rancangan Bismarck untuk menyatukan negeri-negeri tersebut dengan Jerman. Bismarck menuntut supaya Denmark mengembalikan Schleswig dan Holstein kepada Jerman. Apabila Denmark enggan berbuat demikian, Bismarck mengisytiharkan perang. Sebelum memulakan peperangan, Bismarck menggunakan pendekatan diplomasi yang bijak untuk mengajak Austria membantu Prusia. Dalam peperangan tersebut, Prusia berjaya menewaskan Denmark dengan mudah. Pada bulan Ogos 1865, Perjanjian Gastein ditandatangani. Menurut perjanjian ini, Schleswig diserahkan kepada Prusia dan Holstein diserahkan kepada Austria. Selepas berjaya menewaskan Denmark, Bismarck berpaling tadah untuk menentang sekutunya, iaitu Austria.
2. PEPERANGAN DENGAN AUSTRIA
Selepas berjaya mengalahkan Denmark, Bismarck mengalihkan tumpuannya kepada Austria. Bismarck melancarkan peperangan dengan Austria bagi mengurangkan kuasa dan pengaruh negara tersebut yang dianggap oleh Bismarck bahawa Austria merupakan penghalang kepada rancangannya untuk menyatukan negara Jerman. Peperangan ini juga dilancarkan kerana banyak wilayah jajahan Jerman berada di bawah penguasaan Austria yang akan menggagalkan impian Bismarck untuk menyatukan Jerman. Sebelum melancarkan peperangan, Bismarck menggunakan kebijaksanaannya bagi memujuk Perancis, Itali dan Rusia agar menyokongnya. Dengan menggunakan dasar diplomasi yang bijak, Bismarck berjaya memencilkan Austria dan mula mencari alasan untuk memulakan peperangan dengan Austria. Beliau menuduh Austria memberi layanan buruk kepada orang Jerman di negaranya untuk memulakan peperangan. Pada bulan Jun 1886, tentera Prusia memasuki jajahan Holstein dan menguasainya. Perkembangan ini menyebabkan tercetus peperangan besar-besaran antara Prusia dengan Austria yang dikenali sebagai Perang Tujuh Minggu kerana ia berlangsung selama tujuh minggu. Prusia berjaya mengalahkan tentera Austria dalam medan pertempuran di Sadowa. Peperangan ini telah ditamatkan dengan Perjanjian Prague yang ditandatangani antara Prusia dan Austria pada tahun 1866. Menurut perjanjian ini, Austria menyerahkan Holstein kepada Prusia dan Austria menyerahkan Venetia kepada Itali. Bismarck seterusnya menyatukan negeri-negeni Jerman di utara dan menamakannya Pergabungan Jerman Utara.
3. PEPERANGAN DENGAN PERANCIS
Selepas pembentukan Pergabungan Jerman Utara, Bismarck mengatur langkah untuk melancarkan peperangan dengan Perancis pula. Perancis bimbang terhadap kebangkitan Prusia sebagai sebuah kuasa besar di benua Eropah. Dengan itu selepas Perang Prusia-Austria, Perancis menuntut agar negeri-negeri Jerman Selatan diserahkan kepadanya. Perancis mengemukakan tuntutan tersebut sebagai balasan kepada kerjasama yang diberikannya semasa Perang Prusia-Austria pada tahun 1866. Tindakan Perancis ini telah mendorong Bismarck bertindak segera menandatangani perjanjian dengan negeri-negeri Jerman Selatan. Menerusi perjanjian tersebut, negeri-negeri Jerman Selatan bersetuju untuk bergabung dengan Prusia. Bismarck menggunakan tipu helah untuk menyatukan negeri-negeri Jerman Selatan dengan Prusia dengan mendedahkan surat yang ditulis oleh Perancis mengenai tuntutan terhadap negeri-negeri Jerman Selatan kepada pemimpin negeri-negeri tersebut. Ini telah menyebabkan negeri-negeri Jerman Selatan membuat keputusan untuk bergabung dengan Prusia. Selepas itu, Bismarck melancarkan peperangan ke atas Perancis pada bulan Julai 1870 bagi menyempurnakan penyatuan negeri-negeri di Jerman. Bismarck telah membuat perjanjian-perjanjian sulit dengan negara-negara lain untuk memencilkan Perancis. Prusia berjaya mengalahkan Perancis pada tahun 1871 dan Perjanjian Frankfurt telah ditandatangani. Menurut perjanjian ini, Perancis terpaksa menyerahkan wilayah Alsace dan Lorraine kepada Prusia dan Perancis terpaksa membayar ganti rugi lebih kurang 3 ribu juta kepada Prusia.
PENYATUAN JERMAN
Selepas menewaskan Perancis, Bismarck bertindak menyatukan negeri-negeri Jerman dan menubuhkan empayar Jerman iaitu gabungan 39 buah negeri kecuali Austria. Pada 18 Januari 1871, Raja William I telah dilantik sebagai Kaiser Empayar Jerman yang baru ditubuhkan. Dalam pada itu, Bismarck telah dilantik sebagai Canselor (Perdana Menteri) pertama Empayar Jerman. Selepas tahun 1871, Bismarck memulakan tahap kedua penyatuan Jerman dalam bidang perlembagaan, ekonomi, dan sosial. Pada tahap kedua, beliau hanya berminat dalam melaksanakan program pembangunan negara untuk menyatukan rakyat Jerman.

1. Sebelum abad ke-19M, Jerman mempunyai 360 negeri kecil di bawah pemerintahan masing-masing. Pada awal abad ke-19M, Jerman telah dikuasai oleh Perancis di mana Perancis telah melucutkan takhta raja serta mengubah sempadan Eropah. Perancis telah membentuk semula struktur pemerintahan Jerman dan mencantum negeri-negeri kecil di Jerman.
2. Selepas Perancis kalah pada tahun 1815, Persidangan Viena telah dibuat dan mereka bersetuju untuk mencantumkan Jerman kepada 39 buah negeri sahaja (Pengabungan Jerman) yang terdiri daripada Austria, Prusia, Bavaria, Wurtemberg, Honaver dan Saxony.
3. Sebelum tahun 1871, penyatuan Jerman tidak berjaya kerana wujud beberapa faktor penghalang seperti kebangkitan revolusi pada tahun 1848, persaingan antara kuasa Austria dan Prusia iaitu yang mana lebih dominan jika Jerman disatukan dan ramai golongan nasionalis Jerman berselerak di Eropah malah ada yang telah menetap di Amerika.
4. Walaupun wujud faktor-faktor penghalang, usaha untuk penyatuan Jerman tetap wujud bermula pada tahun 1815 iaitu selepas tamat perang Napoleon melalui Kongres Vienna. Dalam Kongres Vienna 1815, menetapkan Persekutuan Jerman sebagai negeri penampan kepada penaklukan Perancis dan keadaan ini mendorong kepada kerjasama ekonomi yang turut menyemai penyatuan dalam bidang politik.
5. Pada tahun 1818, Kesatuan Kastam (Zollverein) telah ditubuhkan di Prusia. Persatuan ini telah berusaha menghapuskan cukai antara wilayah bagi menggalakkan aktiviti perdagangan. Ini telah mendorong negeri-negeri di Jerman untuk menyertai persatuan pada tahun 1854 kecuali Austria. Perkembangan perdagangan ini telah menyebabkan negeri di Jerman menganggap Prusia sebagai pemimpin politik Jerman.
Proses Penyatuan Jerman
1. Prusia dilihat sebagai memainkan peranan efektif ke arah penyatuan Jerman, apabila William 1 ditabalkan sebagai Raja Prusia yang baru pada 1861 percaya Prusia boleh memimpin penyatuan Jerman. Beberapa langkah ke arah tersebut telah dilaksanakan seperti memperbesarkan angkatan tentera melalui penambahan pegawai tentera, rekrut tentera yang ramai dan memanjangkan perkhidmatan sukarelawan kepada 3 tahun.
2. Untuk merealisasikan tujuan tersebut, William 1 telah melantik Otto von Bismark, iaitu seorang junkers (tuan tanah) yang pernah menjadi ahli parlimen (1847), duta Prusia ke Rusia dan Perancis pada tahun 1859 dan telah dilantik sebagai Perdana Menteri yang baru pada tahun 1862. Tugas utama Bismark ialah menjinakkan ahli-ahli parlimen Prusia supaya patuh kepada kehendak kerajaan dan raja. Namun apabila parlimen menolak permintaan William 1, Bismark telah bertindak secara lebih agresif dalam merealisaikan proses penyatuan Jerman .
3. Sebagai Perdana Menteri, Bismark merancang untuk mengukuhkan pasukan tentera dan memperkasakan ekonomi Prusia agar dapat mengurangkan pengaruh Austria dalam kalangan negeri-negeri Jerman.
4. Untuk melaksanakan dasar ini, Bismark melibatkan Prusia dalam tiga peperangan. Peperangan pertama Bismark ialah menentang Denmark atas isu daerah Schleswig dan Holstein yang diperintah oleh Raja Denmark. Kedua-dua daerah ini mempunyai majoriti bangsa Jerman yang telah menyatakan sokongan kepada Bismark. Untuk mencapai tujuan tersebut, Bismark telah memujuk Austria supaya bersama memerangi Denmark pada 1864. Perang Prusia-Denmark ini telah ditamatkan dengan Perjanjian Gastein pada Ogos 1865. Mengikut perjanjian ini menyaksikan Austria diberi hak untuk mentadbir Holstein manakala Prusia mengawal Schleswig.
5. Namun demikian usaha penyatuan Jerman tidak dapat dilakukan sekiranya Austria tidak dapat ditakluki. Justeru itu, Bismark mula mendapat sokongan daripada sekutunya di Eropah untuk membantu. Beliau telah menawarkan bantuan kepada Rusia ketika Rusia berhadapan dengan pemberontakan di Poland. Manakala di Itali pula, Bismark telah menandatangani perjanjian pada 1866, iaitu Prusia akan membantu Itali untuk mendapatkan wilayah Venetia yang dikuasai oleh Austria.
6. Bismark mendapat persetujuan William 1 serta ketua-ketua tentera untuk memerangi Austria namun ditentang oleh Parti Progresif yang menguasai parlimen. Bagi mengatasi senario tersebut, Bismark telah bertindak memberikan hak mengundi kepada semua lelaki dewasa dalam pilihanraya dan bukannya hanya kepada golongan lelaki bangsawan seperti yang diamalkan sebelum ini. Perubahan ini menyebabkan Parti Progresif kehilangan banyak kerusi di parlimen.
7. Bagi meneruskan misinya, Bismark telah mengistiharkan perang ke atas Austria apabila menghantar tentera ke Holstein pada 15 Jun 1866 dengan menuduh pihak Austria melanggar Perjanjian Gastein iaitu kerajaan Austria telah melayan dengan buruk orang-orang Jerman yang berada di Austria. Perang ini mengambil masa selama 7 minggu, oleh sebab itu ia dikenali Perang Tujuh Minggu.
8. Tentera Austria telah dikalahkan di Sedowa dan perang ini telah ditamatkan dengan Perjanjian Prague pada tahun 1866. Mengikut perjanjian ini Austria dikeluarkan daripada kesatuan ini serta Austria serah Holstein kepada Prusia dan wilayah Venetia diserahkan kepada Itali. Kejayaan ini telah membolehkan Bismark mengabungkan semua negeri-negeri utara Jerman menjadi Pergabungan Jerman Utara.
9. Prusia berhadapan dengan Perancis dalam usaha menyatukan negeri-negeri Jerman. Napoleon III tidak akan menyokong rancangan Prusia memimpin penyatuan Jerman. Selepas tamat Perang Prusia-Austria, Perancis mula bimbang kebangkitan Prusia sebagai kuasa kuat di Eropah. Ini telah mendorong Perancis menuntut agar negeri-negeri Selatan Jerman diserahkan kepada Perancis sebagai balasan pertolongan Perancis kepada Prusia mengalahkan Austria.
10. Dengan menggunakan tipu helah, Bismark telah berjaya memujuk negeri-negeri Selatan Jerman bersatu dengan Prusia. Selepas itu, berusaha memujuk sekutu-sekutu Perancis supaya tidak membantu Perancis. Dalam meneruskan misinya Bismark telah melancarkan perang ke atas Perancis pada Julai 1870. Perancis berjaya dikalahkan oleh Prusia pada tahun 1871 dan perang ini ditamatkan melalui Perjanjian Frankfurt.
11. Mengikut perjanjian ini, Perancis serah wilayah Alsace dan Lorraine serta membayar ganti rugi perang sebanyak 3 ribu juta kepada Prusia. Selepas berjaya mengalahkan Perancis, Bismark telah menyatukan Jerman menjadi Empayar Jerman yang mengandungi 25 negeri kecuali Austria.
12. Pada 18 Januari 1871, Raja William 1 dilantik sebagai Kaiser Jerman manakala Bismark menjadi Cancellor (Perdana Menteri). Walaupun setiap negeri mempunyai pemerintah sendiri dan ada sesetengahnya mempunyai tentera dan pegawai diplomatik, namun Kaiser mengetuai pentadbiran pusat. Kaiser berkuasa untuk mengarahkan tentera sewaktu peperangan dan menentukan dasar luar.
13. Selepas berjaya menyatukan Jerman (1871), Bismark berusaha untuk mewujudkan keamanan di dalam dan luar negeri Jerman, membangunkan negara dan mengamalkan dasar berhati-hati dalam menjalinkan hubungan persahabatan dengan negara-negara Eropah. Bismark juga telah menanda tangani perjanjian 3 kuasa iaitu antara Prusia dengan Itali dan Austria yang dikenali sebagai Perikatan Bertiga. Tujuannya untuk menggelakkan daripada Perancis menyerang Jerman.
14. Bismark juga telah memperkenalkan perlembagaan Jerman dengan menubuhkan parlimen yang mengandungi Majlis Persekutuan dan Diet Maharaja. Bismark juga berusaha menyekat pengaruh gereja, menyeragamkan sektor ekonomi, membangunkan sektor perindustrian, memajukan sektor pertanian dan perdagangan serta pemulihan sosial.

Subscribe to:
Posts (Atom)