Wednesday, January 20, 2016

KESAN KEMUNCULAN PORTUGAL SEBAGAI KUASA MARITIM

KESAN KEMUNCULAN PORTUGAL SEBAGAI KUASA MARITIM
 Pengenalan Masyarakat maritim bermaksud masyarakat yang memberikan tumpuan utama terhadap perdagangan dan kegiatan yang berkaitan dengan laut. Semasa pemerintahan Putera Henry (Henry The Navigator), kerajaan Portugal telah menjadi kuasa maritim yang terunggul di Eropah pada abad ke-15. Usaha Putera Henry ini telah memunculkan ramai kelasi atau pelayar Portugal telah menjelajah ke selatan sehingga ke Cape Verde di sebelah pantai barat benua Afrika. Penjelajahan dan penerokaan kuasa-kuasa Barat secara besar­-besaran bermula pada abad ke-15 M dan ke-16 M. Terdapat banyak faktor yang mendorong kemunculan Portugal dan kuasa­-kuasa Eropah sebagai kuasa pelayar pada abad ke-15 M dan ke-17 M. 

Kemunculan Portugal sebagai kuasa maritim ini telah memberi banyak kesan dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Kesan Politik Menguasai Empayar Perdagangan Kemunculan Portugal sebagai kuasa maritim telah menyebabkan Portugal berjaya menguasai empayar perdagangan yang menjangkau dari Morocco di Barat Laut Afrika ke Brazil di Amerika Selatan dan seterusnya ke Asia Tenggara pada abad ke-17 M. Ini dibuktikan di mana kuasa Portugal telah mempunyai 40 buah kubu perdagangan dan pertahanan di seluruh empayarnya. Wujud Persaingan Antara Portugis Dengan Sepanyol Penjelajahan dan penerokaan Portugis mendapat saingan dari kuasa Sepanyol. Persaingan  ini diselesaikan dengan termeterainya Perjanjian Tordesifias pada tahun 1494 atas usaha Paus di Rom yang membahagikan dunia kepada dua kawasan pengaruh iaitu Timur untuk Portugal dan Barat untuk Sepanyol. Penguasaan Portugis Di Wilayah Timur Perjanjian ini telah merintis jalan kepada pelayaran Portugis tanpa gangguan dan kemuncaknya adalah ketibaan Bartholomew Diaz di Tanjong Harapan di Afrika Selatan pada tahun 1488. Seterusnya, Vasco da Gama berjaya merentasi Lautan Hindi dan mendarat di Calicut pada tahun 1498. Portugis juga seterusnya menguasai Kilwa (Tanzania) dan Mombasa (Kenya) di Afrika Timur. Portugis juga menguasai Melaka pada tahun 1511 dan meluaskan kuasa ke Kepulauan Maluku yang merupakan sumber hasil rempah. Muncul Sebagai Negara Bangsa Yang Kuat Dan Kaya Oleh kerana empayar Portugis sering diserang oleh kuasa Inggeris dan Belanda maka antara tahun 1580-1640, Portugal telah bersatu dengan Sepanyol. Penyatuan ini telah menyebabkan kegiatan perdagangan Portugis dengan dunia luar telah membantu Portugis muncul sebagai negara bangsa yang kaya dan kuat. Kesan Ekonomi Tercetusnya Revolusi Perdagangan Pelayaran ke seberang laut membawa kepada revolusi perdagangan di Eropah kesan daripada pembukaan jalan-jalan perdagangan baru, berlaku pertambahan penduduk, peningkatan harga barangan, munculnya ekonomi kapitalisme dan peralihan penguasaan sistem ekonomi yang berpusat di bandar kepada negara. Akibatnya kuasa Itali telah hilang penguasaanya di Laut Mediterranean sebagai kuasa perdagangan. Peranan kini telah diambilalih oleh negara-negara seperti England, Perancis, Belanda, Antwerp, Amsterdam dan London. 

Kemunculan Sistem Ekonomi Merkantilisme Revolusi Perdagangan teleh membawa kebanjiran emas dan perak di Eropah yang telah mengubah gaya hidup masyarakatnya. Harga barangan di Eropah mula meningkat dan ia merangsang pertumbuhan industri dan menguntungkan penguasaha. Kesan revolusi perdagangan telah membawa kepada pengamalan sistem ekonomi merkantilisme iaitu sistem ekonomi yang mementingkan kekayaan, kekuasaan dan kebajikan. Kedudukan Golongan Aristokrat Menjadi Lemah Golongan tuan tanah di Eropah telah mengenakan sewa tanah pada kadar tetap. Oleh itu mereka tidak boleh menaikan kadar sewa walaupun harga barangan dan perkhidmatan telah meningkat. Ini telah menyebabkan kedudukan golongan aristokrat menjadi lemah, sebaliknya golongan pedagang dan pengusaha memperolehi kekayaan. Kesan Sosial Penyebaran Agama Kristian Kuasa Portugis telah berusaha untuk mengkristiankan penduduk di wilayah yang dikuasai oleh mereka kepada fahaman Katolik, namum tidak mendapat sambutan di kalangan penduduk seperti di Melaka dan Jepun.

 Penemuan Dunia Baharu Aktiviti penerokaan dan penjelajahan telah membawa kepada penemuan dunia baharu seperti kawasan Australia, Amerika Utara dan Amerika Selatan yang sebelum ini tidak diketahui oleh kuasa Eropah. Wilayah-wilayah inilah telah menjadi pembekal makanan dan barangan lain ke Portugal dan negara-negara Eropah seperti ubi kentang, gula, kopi, jagung, tembikar, emas, perak, kain dan permaidani. Pemerdagangan Hamba Kesan kegiatan penerokaan dan penjelahan telah membawa kepada perdagangan hamba yang dibawa ke dunia baharu untuk mengusahakan lombong dan ladang pertanian. Kegiatan ini telah dimulakan oleh Putera Henry.

No comments:

Post a Comment