MASYARAKAT INDUSTRI DI JERMAN
Pengenalan Masyarakat industri di Jerman lahir kesan daripada ledakan revolusi industri selepas di England pada 1860-an hingga 1914. Kesan daripada revolusi ini, kerajaan telah memberi tumpuan untuk memajukan kemudahan infrastruktur seperti sistem pengangkutan dan komunikasi. Kerajaan juga mewujudkan lebih banyak kilang bagi menjana pertumbuhan ekonomi. Pertambahan penduduk juga telah mewujudkan masyarakat yang berorientasikan industri seperti di kawasan Ruhr, Saxony, Silesia dan Berlin. Bilangan penduduk yang semakin ramai telah membawa pertambahan dalam peluang pekerjaan di kawasan industri. Longgokan sumber bahan mentah yang banyak juga menyumbang kepada perkembangan perindustrian di Jerman seperti arang batu, bijih besi, dan bijih timah di Ruhr, Lorraine dan Silesia pada abad ke19. Ciri-ciri masyarakat industri di Jerman
1. Kemajuan dalam sistem pertanian - Kemajuan teknologi telah meningkatkan mekanisme dalam kegiatan pertanian seperti masalah pembajakan tanah dapat diatasi apabila traktor dicipta bagi menggantikan penggunaan kuda. - Kemajuan dalam pertanian juga menghasilkan kajian saintifik tentang tanah, misalnya melalui penemuan Humphry Davy (1802) tentang sumbangan ilmu kimia dalam mengatasi masalah kesuburan tanah dan tanaman. Pada tahun 1840 pula, saintis Jerman, Justus von Leibig telah menemui formula untuk menghasilkan baja tiruan (kimia) - Selain itu petani juga turut memperkenalkan sistem pertanian campuran iaitu menternak lembu dengan diselangi oleh penanaman bijirin khasnya jagung dan ubi kentang.
2. Perkembangan perindustrian - Pembukaan lombong arang batu dan bijih besi di Saxony dan Silesia telah mendorong kepada kewujudan masyarakat industri. - Kemajuan dalam industri kulit melahirkan perubahan dalam gaya hidup - Kemajuan dalam industri tekstil khususnya di Berlin - Ciptaan-ciptaan baru mencetuskan inovasi baru dalam teknologi di Jerman seperti industri kimia dan elektrik.
3. Kemajuan dalam sistem pengangkutan - Masyarakat industri di Jerman juga maju dalam sistem pengangkutan. - Kemajuan yang pesat dalam industri besi dan keluli telah membawa perkembangan dalam sektor pengangkutan khususnya dalam pembinaan jalan kereta api. - Borsig telah muncul sebagai pengeluar utama kereta api dan kemudian diikuti oleh pembinaan jalan kereta api ke bandar-bandar lain di Jerman.
4. Perdagangan antarabangsa - Pada tahun 1870an berlaku perkembangan pesat dalam perindustrian di Jerman yang menyebabkan pertambahan dalam eksport sehingga mencetuskan masalah dalam memasarkan barangan dan mendapatkan lebih banyak sumber bahan mentah. - Daripada perkembangan tersebut, perluasan wilayah perlu dilakukan untuk meluaskan perdagangan dan berusaha mendapatkan tanah jajahan. - Pada tahun 1897, Jerman mempunyai hubungan perdagangan dengan China bagi mendapatkan arang batu serta membina pengkalan tentera di sana.
5. Kemajuan dalam sistem kewangan - Pada tahun 1840an, Bank of Prussia menjalankan perniagaan perbankan sebagai join stock dalam pengeluaran kredit dan pelaburan kapital. - Sistem perbankan di Jerman dikawal oleh D Bank iaitu penggabungan empat buah bank utama di Jerman yang terdiri daripada Disconto Gesellschaft of Stuttgart (1851), Deutsche Bank (1870), Darmstadter Bank (1870) dan Dresdener Bank (1872) - Melalui sistem perbankan, membawa kemunculan kelas pengusaha industri baru pada abad ke 18 kerana mereka mendapat bantuan modal daripada bank. - Penyaluran modal tersebut membolehkan pihak bank mempunyai kuasa mengawal perusahaan yang dijalankan oleh syarikat-syarikat industri. - Selain itu penubuhan kartel di Jerman juga membantu perkembangan industri apabila menguasai bekalan dan harga jualan bagi produk-produk.
6. Dasar kerajaan - Kewujudan masyarakat industri di Jerman juga dirangsang oleh dasar kerajaan Jerman yang menubuhkan sekolah pertukangan dan teknikal untuk melahirkan ramai tenaga mahir. - Undang-undang insurans sosial juga dikuatkuasakan pada tahun 1883 - Selain itu banyak pusat-pusat kesihatan dibina yang mana kos pembiayaan 2/3 ditanggung oleh oleh pekerja dan selebihnya oleh majikan - Kerajaan juga memanipulasi pengeluaran akhbar sebagai satu langkah mengawal pemikiran rakyat - Seterusnya kerajaan Jerman mengawal pengurusan perkilangan, firma, kartel dan bank-bank - Kerajaan Jerman fokus kepada kilang pengeluaran peralatan tentera dan senjata di Eropah. Soalan-soalan Perbincangan : 1. Bandingkan definisi dan ciri-ciri masyarakat industri di negara England dan Jerman antara abad ke-18 hingga abad ke-19
No comments:
Post a Comment